Kesesuaian kasut dalam melakukan aktiviti sukan merupakan faktor paling penting. Kasut sukan yang dipilih bukan hanya berdasarkan faktor-faktor seperti jenis, jenama dan warnanya, tetapi perlu ambil kira manfaatnya. Pemilihan kasut sukan bukan sahaja mampu meningkatkan kecergasan si pemakai malah mampu mengelakkan kecederaan.
Peka dengan kemahuan wanita sekarang, Nike hadirkan Nike React Escape Run, kasut sukan yang bukan sahaja berbaloi kapada wang ringgit malah dapat tahan lebih lama. Dengan kecirian dan kualiti yang ditawarkan. Istimewanya, Nike React Escape Run direka khas untuk para wanita, yang dilengkapi kolar yang letar dan butiran yang lebih menarik. Kusyen yang lembut di dalam kasut turut berfungsi menolak kaki ke hadapan. Ia memberi keselesaan yang optimum serta membantu mengurangkan penggunaan tenaga.
Kusyen yang digunakan diambil dari pelapik React, yang mana penciptaan pelapik paling lembut, bertindak balas dengan cepat, dan tahan lama. Menjadikannya, kasut sukan yang bereka cipta tinggi untuk wanita masa kini. Tambahan lagi, aktiviti sihat seperti berlari, mula menjadi aktiviti kegemaran pada waktu pandemik sekarang. Masa-masa yang terluang terisi dengan pelbagai aktiviti sukan, terutamanya berlari. Maka itu, Nike React Escape Run adalah kasut sukan terkini yang banyak manfaatnya.
Kolar lebar yang dipertaruhkan Nike React Escape Run memberi keselesaan buat pemakai. Menurut kajian oleh Nike, tumit wanita adalah 4-5mm lebih besar daripada tumit kaki seorang lelaki. Oleh itu, Nike React Escape Run memanfaatkan kajian itu, dengan mencipta bentuk kolar kusyen yang lebar, terjamin untuk keselesaan untuk dinikmati.
Sulaman berwarna pada permukaan kasut pula memberi imbuhan gaya sebagai butiran tambahan. Yang secara tak langsung, memberi efek premium-mencerminkan ciri-ciri feminin. Nike React Escape Run dijual pada harga RM395.
#NIKE #TEAMNIKE #JUSTDOIT
Artikel berkaitan: Coach x Champion, Penyatuan Dua Label Ikonik Amerika