Pernah tak anda dengar tentang beg North South dan beg East West? Jika anda tertanya-tanya apa itu, you’re not alone!
Walaupun nama itu mungkin terdengar seperti ia merujuk kepada ciri reka bentuk mewah, ia sebenarnya hanya menggambarkan siluet asas beg itu. Beg East West ialah beg lebih lebar daripada tingginya manakala Beg North South lebih tinggi daripada lebarnya. Pelbagai beg berbeza boleh memuatkan penerangan ini, daripada tote bag hingga beg mikro kecil, EH! kumpulkan senarai contoh trend yang dipilih susun untuk inspirasi anda.
North South
Seperti kita tau, North to South merujuk kepada arah selari dengan garis longitud. Jadi ungkapan ini sesuai untuk beg yang tinggi. Bag ini sering menjadi pilihan kepada yang gemar membawa banyak barang apabila keluar, senang untuk simpan apa sahaja ke dalamnya. Ini beg north south pilihan EH!
East West
East to West pula merujuk kepada dari atau sepanjang garis latitud geografi. Jadi ungkapan ini sesuai untuk beg yang lebar. Bag ini sering menjadi pilihan kepada yang lebih gemar bergaya dan bawa barang yang perlu sahaja. Ini beg east west pilihan EH!
Baca: Trend Fesyen Musim Bunga/Panas 2024, Kekalkan Dalam Radar Anda!