Label fesyen New York, Coach telah meraikan pembukaan semula stor mereka di Gurney Plaza, Pulau Pinang dengan bertemakan Tahun Baharu Lunar. Majlis perasmian diserikan oleh VP & General Manager of Tapestry South East Asia and Oceania, Emmanuel Ruelland; Pengurus Besar Gurney Plaza, Selina Ng, pelakon Hong Kong Edwin Siu dan Priscilla Wong juga selebriti tersohor Nur Fazura.
Parti pembukaan ini juga cukup meriah dengan kehadiran barisan selebriti lokal juga bintang media sosial yang diterbangkan eksklusif ke Pulau Pinang. Antara yang hadir ialah Sharifah Sakinah, Alvin Chong, Yaya Zahir, Daiyan Trisha, Rizman Nordin, Nurida Suraya, Jane Chuck, Fuying & Sam dan ramai lagi.