Hari Raya Aidilfitri tahun ini pastinya lebih berkilau apabila jenama perhiasan diri mewah Diamond & Platinum menjalin kerjasama dengan pereka fesyen prolifik, Nurita Harith.
Nurita Harith ,antara pereka fesyen tanah air yang memang dikenali dengan rekaan yang sangat kuat jiwa feminin dan keanggunan. Siluet dan potongan helaian ilhamnya sering sahaja menonjolkan sisi feminin pemakai. Helaian rayanya antara yang sering sahaja mendapat sambutan hangat. Tahun ini Nurita Harith menambah satu lagi resumenya sebagai seorang pereka fesyen apabila dia menjalin kolaborasi bersama Diamond & Platinum, satu jenama barang kemas yang juga menjadi pilihan ramai. Diamond & Platinum yang merupakan perintis batu berlian dan jenama barang kemas yang diasaskan sejak tahun 1999.
Dinamakan sebagai D’liran, koleksi ini menyaksikan Nurita berkongsi ilham dan menyuntik cita rasa fesyennya yang menggabungkan inspirasi dan bentuk yang diukir bagi menghasilkan siluet yang menarik untuk himpunan ini. Mula dilancarkan pada 15 April sempena ketibaan Syawal, Nurita mencurahkan ilhamnya pada rekaan loket, anting-anting dan cincin.
Graduan dari Surrey Institute of Art London ini sendiri mempelajari ilmu seni halus sewaktu pengajiannya di kota London. Jadi, soal rekaan barang kemas bukanlah satu hal yang asing baginya. D’liran Collection by Nurita Harith x Diamond & Platinum menyatukan karakter glamor dan edgy dan menggunakan emas putih dan ros sebagai material utama bersama-sama kilauan berlian. Rekaannya jika dinilai pada zahirnya memang tampak ringkas namun di sebalik keringkasan itu ia bersifat malar segar, satu pelaburan gaya yang akan kekal relevan biar bertahun-tahun mendatang.
HIMPUNAN MALAR SEGAR D’LIRAN
Cincin koleksi D’liran ditatahi 28 batu berlian yang cukup memukau kala disarungkan pada jari. Apa yang menariknya, rekaan cincin ini nampak cantik andai satu jari menggayakan dua bentuk cincin dalam satu masa. Ia menyuntik elemen edgy disebalik keanggunan rekaannya.
Bagi anda yang sukakan sesuatu yang lebih klasik, pilihan loket berlian pastinya menyuntik elemen yang lebih ayu. Hadir dalam bentuk oval, rekaan ini adalah satu terjemahan kepada definisi kebersamaan dan kekeluargaan. Rantai bersama loket ini menggunakan emas ros 18 karat dan ditatahi 47 butir berlian dengan berat 0.56 karat.
Paling menarik tentulah rekaan anting-anting koleksi ini, sangat unik dan versatil. Jika mahu gaya yang ringkas, anda boleh menggayakan ‘satu’ bahagian asasnya sahaja atau cantumkannya untuk gaya yang lebih glamor. Asasnya menggunakan emas ros 18 karat dan bahagian yang berjuntai pula menggunakan emas putih 18 karat. Ia ditatai 30 butir berlian dengan berat 0.59 karat. Cukup sempurna sebagai pemanis penampilan Aidilfitri ini.
Bagi sebarang tempahan, janji temu atau pertanyaan boleh layari diamondnplatinum.com atau bagi yang mahu membuat tempahan boleh melayari eshop.diamondnplatinum.com/