Wedding dress mungkin sentiasa berubah mengikut trend semasa, tetapi gaya klasik masih mempunyai tempat yang sangat istimewa dalam dunia bridal.
Daripada elemen Victorian dan bohemian hingga nostalgia 1950-an serta rock-and-roll 1970-an, gaya dari era terdahulu kini kembali dengan nafas baharu.
Menariknya, selebriti masa kini tidak sekadar mengulangi gaya lama, tetapi mereka mengolahnya mengikut kreativiti dan estetik masing-masing.
Ini empat bridal look yang membuktikan gaya klasik masih boleh kelihatan segar, moden dan tentunya stylish.
Lana Del Rey – Victorian Romance
Untuk majlis perkahwinannya bersama alligator tour guide Jeremy Dufrene di Des Allemands, Louisiana, Lana Del Rey memilih custom wedding gown daripada bridal brand CINQ.
Walaupun pada awalnya terdapat khabar angin bahawa dia memakai dress vintage thrift berharga kurang daripada US$400, pereka Macye Wysner mengesahkan kepada Vogue bahawa gown tersebut sebenarnya direka khas untuk Lana.
Rekaan tersebut diadaptasi daripada signature CINQ, “The River”, selepas Lana melihatnya ketika menemani rakannya ke bridal appointment.
Gown ivory cotton lace itu menampilkan scalloped ruffled scoop neckline, corset bodice dan A-line silhouette, sebelum dihiasi lace ribbons, layered silk tulle serta fabric pickups dengan bow kecil untuk menguatkan aesthetic Victorian, Classic Americana dan Southern Gothic.
Bukan itu sahaja, Lana turut melengkapkan penampilan dengan side ponytail klasik yang diikat menggunakan reben satin biru tebal, floral brooch dan barang kemas perak.
Lebih menarik, proses menghasilkan gown ini memerlukan lima sesi fitting dan Lana memilih untuk melakukannya pada lewat malam dengan lampu showroom dimatikan, hanya ditemani cahaya lilin.
Taylor Hill — Bohemian & Barefoot
Supermodel Taylor Hill, yang cukup dikenali menerusi Victoria’s Secret Fashion Show, memilih custom gown daripada rumah fesyen Itali, Etro. Gown itu dipakai untuk perkahwinannya dengan venture capitalist Daniel Fryer di Winter Park, Colorado.
Di bawah arahan kreatif Marco de Vincenzo, gown ivory itu menampilkan off-the-shoulder neckline dengan pleated ruffles. Ia turut dihiasi subtle beading, cinched waist bersama bow dan cathedral-length train.
Selain itu, tekstur bohemian serta sedikit transparency pada fabrik memberikan pergerakan yang ringan dan romantik. Look ini juga sesuai dengan suasana outdoor ceremony di kawasan pergunungan.
Namun, ada satu detail yang agak unexpected pada penampilan Taylor. Dia memilih untuk berkaki ayam di bawah gown tersebut. Keputusan itu dibuat kerana mahu berasa lebih dekat dengan landskap Colorado, negeri kelahirannya.
Memandangkan Taylor sudah mempunyai hubungan kerja dengan Etro selama hampir sedekad, pilihan rumah fesyen itu bukan sesuatu yang mengejutkan. Malah, apabila melihat sketch pertama gown tersebut, reaksinya adalah, “It’s like you’re in my head.”
Selena Gomez — 1950s Old Hollywood
Selena Gomez pula membawa kembali romantik 1950-an Old Hollywood menerusi reception dress rekaan Ralph Lauren.
Berbanding memilih bridal style yang terlalu moden dan trendy, rekaan ini sengaja mengambil inspirasi daripada glamour bintang filem klasik serta silhouette era pertengahan abad lalu.
Tea-length hem dan criss-cross halter neckline mengingatkan gaya 1950-an, manakala off-the-shoulder straps menyerlahkan sentuhan feminin dan playful. Elemen klasik turut dapat dilihat melalui penggunaankain kapas, sutera dan linen voile yang memberikan tekstur lebih matte seperti pakaian pusaka.
Panel dress pula menggunakan teknik hand-pleating dan hand-stitching, menghasilkan kemasan yang lebih artisanal. Bersama retro updo yang lembut, keseluruhan look Selena terasa seperti sebuah penghormatan kepada classic cinema romance.
Dua Lipa — 70s Rock-And-Roll Bride
Untuk civil ceremony-nya di Old Marylebone Town Hall, London pada 31 Mei 2026, Dua Lipa memilih untuk tidak mengikut formula traditional princess gown. Sebaliknya, dia membawa inspirasi 70s rock-and-roll menerusi custom Schiaparelli Haute Couture rekaan creative director Daniel Roseberry.
Gaya tersebut terdiri daripada ivory skirt suit dengan blazer berstruktur, asymmetric high-low skirt serta blush pink bustier yang dihiasi lace putih.
Blazer itu turut menampilkan personalized gold bijoux buttons, termasuk satu rekaan yang diinspirasikan daripada signature evil eye Schiaparelli, manakala bustier memberikan kontras yang lebih feminine.
Malah, statement utama hadir menerusi oversized wide-brimmed bridal hat rekaan Stephen Jones yang mempunyai lapisan gold leaf pada bahagian bawah.
Look ini merupakan penghormatan kepada gaya Bianca Jagger pada 1971. Ketika berkahwin dengan Mick Jagger, dia mengenakan white Yves Saint Laurent Le Smoking bersama wide-brimmed hat.
Artikel Berkaitan: Idea Unik Yang Semakin Popular Di Wedding
