Onitsuka Tiger yang memang berjiwa remaja serta sukan terus mengungguli dalam penghasilan ceraian yang berkarakter moden. Ia jelas lagi terpancar pada koleksi musim bunga 2021 mereka. Mengikut resem jenama yang berinovasi tinggi dengan menggabungkan teknik tradisi Jepun bersama sistem baru. Koleksi baru ini menggabungkan elemen sukan layar dan ceraian pelayar sebagai esen fesyen. Maka empat tema diangkat untuk memperkukuhkan lagi koleksi dibawah lembayung The Onitsuka Tiger Attitude.
Tema pertama mereka adalah berkaitan dengan The Sailing Kite yang mana koleksi ini terinspirasi dengan ombak air yang terhasil ketika kapal belayar. Maka boleh dilihat pada ceraian yang mempunyai jahitan zig-zag. Ia juga menggunakan washer finish fabric yang mana percaturan utama jenama asal jepun ini.
Seterusnya pula adalah tema berkaitan dengan The Clean Lines yang menggunakan kain nilon tahan lasak serta punya kemasan berkilat nan mewah. Berikutnya pula The Vintage is Now, produknya diambil idea daripada koleksi terdahulu dengan terus menerapkan elemen kesukanan. Uniknya, ia menghasilkan ceraian harian yang mudah disuai padan. Terakhir, Onitsuka Tiger juga menghidangkan tema The Working Progress. Warna utama dibawah tema ini adalah beige dan hitam dan digabungkan bersama teknik piping dan berlapis pada ceraian berunsurkan workwear.
Pautan Berkenaan: H&M 2021 Chinese New Year, Meraikan Kepelbagaian