Onitsuka Tiger terus mendominasi arena fesyen global dengan reka bentuk inovatif sniker terbaharu mereka dalam siri Duck Tiger, menggabungkan elemen moden dan klasik, mencipta gaya fesyen sniker yang lebih versatil.
Memukau peminat fesyen global dengan kombinasi unik fesyen dan sukan, serta inovasi dalam setiap rekaan sniker mereka. Pelancaran jualan pertama ini menandakan kemajuan berterusan jenama dari negara matahari terbit ini dalam menawarkan koleksi yang menarik minat peminat fesyen dari seluruh dunia. Dengan sentuhan segar dan inovatif, Onitsuka Tiger sekali lagi menetapkan standard dalam fesyen sniker dengan gabungan rekaan klasik dan kontemporari.
Pelancaran koleksi musim bunga dan panas 2024 ini memberi tumpuan kepada siri Duck Tiger iaitu Duck Tiger MT, Duck Tiger Slip-On dan Duck Tiger Trainer. Siri ini menonjolkan keunikan Onitsuka Tiger dalam menggabungkan elemen tradisional dengan rekaan yang moden, memberikan pilihan yang menarik buat pencinta fesyen untuk mengekspresikan gaya peribadi mereka. Dengan fokus yang terus-menerus pada kualiti dan inovasi, Onitsuka Tiger terus mempertahankan kedudukan sebagai pemimpin dalam dunia fesyen sniker.
Mengukuhkan kedudukannya sebagai pencetus trend dalam dunia fesyen sniker dengan penekanan pada rekaan yang inovatif dan kualiti yang tinggi, Onitsuka Tiger memberi peminat fesyen pelbagai pilihan untuk mengekspresikan gaya peribadi mereka dengan lebih kreatif. Koleksi SS24 ini tidak hanya memikat dari segi rekaan, tetapi juga memberikan pengalaman yang selesa dan prestasi yang tinggi, sejajar dengan jenama ini.
Koleksi SS24 ini juga menampilkan tema “personal layered” yang memperlihatkan potongan yang unik. Rekaan klasik yang diperbaharui dengan sentuhan kontemporari memberi kasut-kasut ini daya tarikan tersendiri. Inspirasi dari empat elemen iaitu tanah, air, api, dan angin, memberikan corak bunga yang memukau dalam kolaborasi dengan jenama tekstil grafik Jepun, Norwatt, menambah sentuhan keselesaan dan harmoni dengan alam ke dalam koleksi ini.
Koleksi ini turut menampilkan rekaan tapak yang baharu dengan ketinggian yang berbeza dan warna kuning cerah yang kontras di bahagian hadapan, memberikan penampilan yang segar dan bergaya. Sandal berpintal yang diperbuat dari kulit Nappa dan baldu juga memberikan pilihan yang bergaya dalam koleksi terbaharu ini, sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis outfit.
Koleksi terbaharu ini adalah gambaran yang sempurna bagi pencinta fesyen sniker yang menghargai kombinasi unik antara tradisi dan inovasi. Dengan reputasinya yang kukuh dalam industri fesyen sniker, tidak hairanlah jika Onitsuka Tiger terus kekal sebagai pilihan utama di kalangan peminat fesyen global. Koleksi ini juga melambangkan kejayaan jenama ini dalam memahami keperluan dan citarasa pasaran global.
Koleksi ini kini boleh didapati untuk pembelian di Pavilion KL dan melalui laman web rasmi Onitsuka Tiger: https://www.onitsukatiger.com/my
Artikel Berkaitan: Gaya Fesyen Sukan Mewah, Intepretasi Onitsuka Tiger