Onitsuka Tiger mengekalkan identiti sukannya, dengan mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen bersama faktor sukan, serta warisan bersama daya inovasi.
Menghadirkan koleksi musim luruh/dingin 2021, mencetuskan inspirasi dari alam semula jadi banjaran Himalaya yang agung kala musim dingin, di samping ledakan aktiviti pendakian dan trekking yang popular pada sekitar era ‘70-an.
Dedikasi musim ini, Andrea Pompilio merangkap Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger, berkolaborasi dengan Toyoki Adachi, pereka dan pengarah artistik jenama grafik tekstil “Nowartt”, dan menggabungkan rekaan grafik mereka kepada setiap helaian yang terkandung dalam koleksi ini. Grafik tekstil ini, dihasilkan menerusi kombinasi dua konsep yang saling bercanggah, “vintaj x seni” dan “analog (lukisan tangan) x digital”-diterapkan pada helaian seluar trek klasik, jaket tebal serta beg galas.
Koleksi ini juga mencerminkan gaya hidup yang mengkhususkan kepada aspek fungsi, yang mana berbalik kepada identiti asal Onitsuka Tiger. Di samping perincian reka bentuk estetik jenama yang mengutamakan hasil mutu ketukangan dan ketelitian.
Helaian utama dalam koleksi ini adalah material fleece atau bulu biri-biri, yang sesuai untuk mengekalkan rasa hangat serta melindungi suhu badan, terutamanya sewaktu beraktiviti kala musim sejuk, manakala siri nilon pula menawarkan gabungan warna neon yang ‘bold’ bersama jahitan sulaman yang halus dan unik. Koleksi ini tidak ketinggalan mengetengahkan penggayaan kreatif yang mengguna pakai helaian bernada minimal. Kot tebal atau puffer serta jaket berjalur dan gaun nyata menggarap ilham gaya mod yang cukup berpengaruh dalam dunia fesyen.
Perihal aksesori, misalnya sepatu, rekaan terkini ditampilkan dengan menggabungkan desain-desain dari arkib bersama rekaan kontemporari. Dalam memenuhi kehendak pasaran semasa, Onitsuka Tiger melancarkan pelbagai reka bentuk unik bagi musim ini, termasuk kasut but dengan cengkaman kuat yang berupaya dipakai sepanjang berada di destinasi-destinasi musim sejuk khasnya. Meneliti aspek fungsi sebaiknya.
Berdasarkan daripada kasut trekking yang diperkenalkan pada 1966, koleksi HMR Peak Trainer diolah semula rekaan serta fungsinya untuk memenuhi keperluan gaya hidup masa kini. Sementara koleksi MOAGE CO & MOAGE MO menggabungkan sentuhan moden penuh bergaya pada rekaan klasik, manakala BIG LOGO TRAINER PUFFED menonjolkan jaluran ikonik Onitsuka Tiger yang ditampilkan pada permukaan kasut hingga ke bahagian tapak luar kasut.
#OnitsukaTiger
Artikel berkaitan: Summer Of You Tawaran Monki Kala Lockdown