Jom singgah ke Pop-up Dioriviera dan kafe mereka di Macalister Mansion, Pulau Pinang untuk OOTD spot eksklusif dan lain daripada yang lain!
Dior sekali lagi mencetuskan keajaiban buat peminat fesyen dengan mencipta destinasi impian yang memukau. Selepas kejayaan di One&Only Desaru dan Pavilion Kuala Lumpur, jenama mewah Perancis ini kembali meraikan art de vivre, seni kehidupan penuh gaya dalam suasana baharu yang menakjubkan di Pulau Pinang.
Hanya untuk tempoh terhad sehingga 11 Ogos 2025, pop-up eksklusif Dioriviera telah menata semula Macalister Mansion yang terkenal dengan keanggunan dan cita rasa mewah daripada koleksi ikonik mereka.
Tahun ini, pop-up eksklusif Dior hadir buat para penggemar fesyen di salah sebuah hotel paling ikonik di Pulau Pinang. Macalister Mansion, banglo warisan berusia lebih 100 tahun, diberi nafas baharu dengan sentuhan elegan daripada Dior, menampilkan dekorasi bertemakan musim panas, pameran koleksi Dioriviera, serta sajian ringan yang menggoda selera di Dior Cafe.
Ini beberapa lokasi untuk anda ber-OOTD!
Outdoor
Indoor
Lihat sahaja tempat ini, setiap sudutnya seolah-olah direka khas untuk menjadi latar OOTD yang sempurna! Dari ruang luar hingga ke dalam, semuanya dipenuhi dengan elemen dekorasi yang memikat mata. Apa yang benar-benar mencuri perhatian ialah figura haiwan yang diperbuat daripada anyaman rotan, mencipta suasana eksotik dan elegan dalam masa yang sama.
Keunikan rekaan ini bukan sahaja menambah karakter pada ruang, malah menjadikan setiap gambar yang diambil di sini tampak begitu eksklusif dan bergaya. Sama ada anda bergambar di hadapan gerbang masuk, di sisi hiasan rotan, atau di kawasan kafe yang chic, setiap detik di Dioriviera ini pasti Instagram-worthy!
Jika anda bersedia untuk ber-OOTD, pastikan anda menempah janji temu untuk pop-up Dioriviera dan Dior Cafe di sini.
Tarikh: Kini hingga 11 Ogos 2025
Hubungi: +6012-329-2746