Selepas trend fesyen Coquette, kini Orkid Szn pula menjadi kegilaan Gen Z, hadir dalam pelbagai bentuk aksesori dan kasut yang terinspirasi oleh keindahan orkid yang menawan.
Menyambut kehangatan musim panas, trend Orkid semakin mendapat tempat di kalangan pencinta fesyen dan generasi Z masa kini, mempamerkan tiga elemen utama yang akan memikat perhatian anda.
Dari koleksi aksesori kepada kasut, elemen orkid ini dipatenkan dalam warna asal Orkid tanpa mengubah bentuk asalnya kecuali fungsi dan bahan yang dipersembahkan. Rangkaian orkid dalam pelbagai rona lembut dan terang, mencerminkan keanggunan ia, dari anting-anting yang mempesona hingga rantai dan kasut yang elegan, aksesori ini pasti akan menambah sentuhan glamor pada penampilan anda.