Acara langsung berprestij tahunan ke-97 kini kembali, Oscar 2025 menampilkan penerima calon anugerah yang sengit dan barisan fesyen selebriti yang memukau.
Oscar 2025 merujuk kepada Anugerah Akademi ke-97 (97th Academy Awards), sebuah majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri perfileman. Dianjurkan oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS), acara ini berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, California.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Oscar 2025 akan menampilkan anugerah dalam pelbagai kategori seperti Filem Terbaik, Pelakon Terbaik, Pengarah Terbaik, serta segmen fesyen ikonik di karpet merah, di mana selebriti akan memperagakan busana mewah mereka.
Ariana Grande

Ariana hadir dalam rekaan Schiaparelli SS25 Couture berona dusty pink dengan korset satin peplum dan skirt tulle yang penuh. Dia melengkapkan gayanya dengan perhiasan daripada jenama De Beers.
Elle Fanning

Elle Fanning melangkah ke karpet merah dalam rekaan Haute Couture khas pertama Sarah Burton untuk Givenchy. Diinspirasikan oleh koleksi pertama Hubert de Givenchy pada tahun 1952, gaun putih labuh itu menampilkan renda bunga dan potongan leher sweetheart, dipadankan dengan tali pinggang riben hitam di pinggang. Elle melengkapkan penampilannya dengan perhiasan Cartier.
Cynthia Erivo

Cynthia Erivo, memilih gaun baldu rekaan Louis Vuitton khas berwarna hijau Elphaba yang mewah dengan kolar dramatik yang membingkai wajahnya. Penampilannya disempurnakan dengan kuku ikoniknya yang berani serta perhiasan mewah.
Zoe Saldana

Selena Gomez hadir dalam rekaan Ralph Lauren, gaun potongan duyung dan menyanjungi yang dipenuhi lebih 16,000 titisan kaca dan kristal. Gaun off shoulder itu diilhamkan oleh bintang layar perak, Sophia Loren, dan dipadankan denganperhiasan Bvlgari.
Lalisa

Demi Moore

Demi Moore hadir dalam gaun labuh rona perak dengan perincian labuci berkilauan rekaan Armani Privé.
Margaret Qualley

Margaret Qualley kelihatan anggun serba hitam dalam rekaan Chanel. Gaun sedikit meleret itu bare back, menjadikan gayanya cukup elegan.
Ana de Armas

Rachel Zegler

Doja Cat

Miley Cyrus

Emma Stone

Michelle Yeoh

Peminat setia Balenciaga, Michelle Yeoh sekali lagi menyarung busana rekaan Balenciaga, kali ini di Oscar.
Mikey Madison

Bintang Anora, Mikey Madison, tiba di Oscar pertamanya dalam gaun khas Christian Dior yang dipadankan dengan perhiasan Tiffany & Co. Gaun klasik berona merah jambu dan hitam meleret itu menampilkan riben di pinggang yang menonjol.
Lily-Rose Depp

Lily Rose Depp melangkah ke karpet merah Oscars 2025 dalam gaun Chanel Couture khas yang mengambil masa 515 jam untuk disiapkan. Pelakon yang turut menjadi penyampai anugerah itu hadir dalam gaun renda separa lut sinar dengan perincian peplum.
Scarlett Johansson

Baca: BRIT Awards 2025: Selebriti Paling Memukau di Karpet Merah