Tidak pernah mengecewakan, Oscars 2018 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran selebriti ternama yang rata-rata hadir dengan busana tanda sokongan akan gerakan Time’s Up.
Berikutan musim acara penganugerahan di mana rona hitam menjadi satu warna trend tanda semangat di karpet merah, yang mana majoriti bintang Hollywood telah hadir ke setiap acara dengan rona ini sebagai tanda sokongan terhadap gerakan memperkasakan wanita.
Academy Awards kali ini menyaksikan kembalinya sedikit norma pada warna-warna dan sequins di hamparan merah acara berprestij ini. EH! kongsikan beberapa keping gambar kehadiran selebriti A-list dengan busana yang paling mewah menawan di Oscars 2018.