Acara kemuncak musim anugerah diteruskan dengan Oscars 2019 di Dolby Theatre dan himpunan aktres dan aktor yang membuat penampilan atas karpet merah membuatkan EH! merasa sangat teruja!
Bagi menambah elemen drama dan sedikit flare kepada look mereka, rata-rata selebriti yang tampil mengenakan look yang chic dan berani. Gemma Chan memegun orang ramai dengan adi busana merah jambunya, Emma Stone dan Brie Larson tampil menawan dalam busana serba metalik mereka dan Billy Porter memecah tradisi karpet merah lelaki dengan gaun serba mewah.
Klik seterusnya untuk menyaksikan himpunan look pilihan EH!.