1. Zendaya, 2022
Merupakan salah satu daripada selebriti yang paling dinanti-nantikan, Zendaya sekali lagi tampil dengan stail fesyen yang meraih pujian ramai. Pelakon wanita popular ini menggayakan busana daripada jenama rumah fesyen terkenal, Valentino.
Berjaya menggabungkan penampilan baju kemeja cropped top, dengan kain labuci berwarna perak. Gaya Zendaya seolah memaparkan sisi moden dan klasik dalam satu masa yang sama. Dipuji, stail ini seperti merupakan pandangan baharu tentang dunia glamor Hollywood yang lalu.