2. Timothee Chalamet, 2022
Penuh trending di pelbagai platform di media sosial, sudah pastinya gaya hot guy ini meniti dibibir warganet! Bintang terkenal menerusi filem Dune ini, hadir dengan koleksi fesyen penuh dari jenama ternama, Louis Vuitton.
Menggayakan jaket tuksedo yang dilitupi labuci dan kain renda, Timothee menggayakan fesyen ‘shirtless’ pada malam tersebut. Memilih untuk memadankan fesyennya dengan seluar berbentuk tirus di hujung kaki, dia melengkapkan penampilannya itu dengan Chelsea Boots dan beberapa aksesori yang memukau.