3. Tati Gabrielle, 2022
Mungkin penampilan yang biasa bagi anda, tetapi ianya luar biasa bagi penggemar fesyen! Bintang daripada rancangan siri Netflix, You ini memilih sustainability sebagai sebahagian daripada mesej yang ingin diketengahkan pada malam tersebut.
Tati Gabrielle menonjol dengan rekaan daripada jenama mewah, Hellessy. Menampilkan siluet ringkas dengan bahu yang terbuka, juga gaya lengan yang besar bersama sentuhan fringe berwarna emas, menghasilkan gaya yang dramatik. Tati sempat memberitahu media, fesyennya ini merupakan fesyen yang terinspirasi daripada gaya sang dewi!