4. Amanda Seyfried, 2021
Hadir dengan busana gaya penuh daripada jenama rumah fesyen Giorgio Armani, penampilan serba merah Amanda Seyfried jadi tumpuan media.
Gaun yang digayakan oleh pelakon dari filem fenomena Mean Girls itu, merupakan gaya terinspirasi daripada bunga raya! Pereka fesyen pakaian Amanda sempat berkongsi, inspirasi flora daripada gaun tersebut diluahkan melalui siluet dan pilihan warna yang dramatik. Jika anda perasan, gaun ini membentuk seperti kelopak bunga pada hujungnya, dengan bantuan kaedah pleats.