5. H.E.R, 2021
Pada malam Oscars yang ke-93, penyanyi wanita, H.E.R. telah membawa pulang trofi kemenangan untuk lagu kolaborasinya dengan Dernst Emile II dan Tiara Thomas. Bukan itu sahaja, penampilan gaya fesyen penghibur ini juga menang di hati para peminatnya. H.E.R secara peribadi berkongsi bahawa busananya pada malam itu, merupakan satu inspirasi dari ikon yang diminatinya, Purple Rain di Oscars 1985.
Memadankan gaya jumpsuit rekaan daripada Peter Dundas, dengan kaca mata hitam bulat, H.E.R turut tampil ikonik dengan kasut tumit tinggi Giuseppi Zanotti, bersama aksesori barang kemas dari Chopard.