8. Nicole Kidman, 2007
Warna merah pasti merupakan warna yang bakal menarik perhatian ramai! Dan, Nicole Kidman telah membuat pilihan yang betul pada malam gemilang itu.
Mendapat sentuhan penuh oleh Balenciaga, penampilan pelakon wanita ini menjadi bualan hangat warganet. Perincian teliti seperti bentuk reben pada belakang leher Nicole, membawa mood seksi dan sisi memukau pada dirinya.