Tidak tahu nak pakai apa ke konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza: Legacy 30? Jangan risau, EH! boleh bantu! Jom semak beberapa idea outfit yang boleh anda mendapat inspirasi!
Sabtu ini, 10 Januari 2026, konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza: Legacy 30 bakal mencipta sejarah. Selain menyanyikan lagu-lagu kegemaran bersama TokTi, pemilihan outfit yang tepat juga penting untuk melengkapkan pengalaman malam istimewa ini.
Dengan tema pakaian platinum monochrome, mungkin agak mencabar untuk mix and match, jadi saya senaraikan beberapa idea outfit yang boleh dijadikan pilihan, ada yang glamor, ada juga yang santai tetapi paling penting, selesa untuk anda sepanjang konsert menikmati persembahan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Berikut beberapa outfit inspo yang boleh dijadikan rujukan.
“Salju Kasihnya”
Baju tanpa lengan dan seluar perak digandingkan bersama outer berbulu lembut mencipta aura glamor dramatik. Perincian fringe dan aksesori metalik menjadikan gaya ini pilihan berani, sesuai untuk konsert berskala mega seperti Legacy 30.
“Seribu Kemanisan”
Top berstruktur dengan kemasan berkilau dipadankan bersama skirt kembang kelabu memberi sentuhan feminin klasik. But tinggi perak menambahkan elemen mewah, menjadikan gaya ini tampak eksklusif dan berkarakter.
“Seindah Biasa”
Helaian knit kelabu yang ringkas dipadankan dengan skirt metalik berpotongan asimetrik memberi sentuhan moden yang minimal. Seluar putih dan sneaker metalik melengkapkan gaya bersih dan sofistikated, ideal buat penonton yang mahu tampil bergaya tanpa berlebihan.
“Cahaya Cinta”
Gabungan top knitted berkilau rona perak bersama skirt satin metalik mencipta siluet elegan yang klasik. Disempurnakan dengan waist chain dan ankle boots perak, penampilan ini sesuai untuk mereka yang menggemari gaya matang, sopan namun tetap glamor.
“Purnama Merindu”
Permainan tekstur menjadi fokus dengan lace top, T-shirt ringkas dan seluar berpotongan kemas. Aksesori selendang metalik serta kasut metalik menjadikan penampilan ini kasual tetapi tetap elegan, sesuai untuk mereka yang sukakan gaya santai bergaya.
“Kaca dan Permata”
Kemeja putih klasik digandingkan dengan skirt labuh berkilauan, menghasilkan gaya feminin yang bersih dan anggun. Selendang halus dan sandal metalik melengkapkan penampilan sopan yang sesuai dengan suasana konsert eksklusif.
“Jerat Percintaan”
Blazer kelabu memberi struktur moden apabila dipadankan dengan top berkilau dan skirt mesh bermotif. But putih tinggi mencipta kontras yang segar, menjadikan gaya ini versatil antara formal dan kontemporari.







