Sebagai tanda pembukaan semula Palais Galliera, Chanel dipilih sebagai topik utama mereka. Pameran Gabrielle Chanel. Fashion Manifesto dibuka buat umum pada September lepas dan bakal berlangsung sehingga bulan Mac 2021.
Pameran tentang kehidupan mendiang Gabrielle Chanel serta hasil kerjanya selaku pereka fesyen termasyhur Paris diadakan di ruang pujuk Galeries Gabrielle Chanel.
Tema dipilih adalah bagaimana evolusi fesyen Chanel yang dilihat sepanjang hayatnya dalam dunia seni ini. Ada juga pameran tentang kod gaya Chanel dan aliran fesyennya yang mengubah sejarah gaya wanita.
Bagi meraikan detik penting ini, bintang yang dekat dengan jenama chanel dijemput. Termasuklah Vanessa Paradis, Anna Moudlalis, Caroline de Maigret dan Gaspard Ulliel.