Pameran pengembaraan Swarovski, Masters of Light: From Vienna To Milan dikendalikan oleh Pengarah Kreatif Giovanna Engelbert dan pengkritik fesyen Alexander Fury. Pameran ini meraikan legasi rumah fesyen Austria selama hampir 130 tahun, berlangsung sehingga 14 Julai 2024.
Pameran eksklusif Swarovski berjudul ‘Masters of Light‘ telah dirasmikan di Shanghai pada musim luruh lalu dan kini dibawa terbang ke tempat bersejarah Palazzo Citterio, lanjutan hebat dari Pinacoteca, Brera di tengah-tengah kota Milan.
Sebagai perjalanan melalui masa dan ruang sepanjang sejarah Swarovski dari penubuhannya pada 1895 hingga ke hari ini, pameran ini pasti menghidupkan tradisi dan watak revolusioner salah satu jenama mewah yang tertua di Eropah untuk pertama kalinya.
Rekaan fesyen yang dipamerkan bertatahkan kristal terdiri daripada jenama Balenciaga, Dior, Gucci, Schiaparelli, Versace dan Armani, serta gaya karpet merah yang berkilauan disarung oleh Harry Styles, Doja Cat, Katy Perry dan Beyoncé.
Pameran Masters of Light ini memberi penghormatan kepada industri fesyen di Milan, menampilkan lebih 50 rekaan yang dihiasi dengan kristal dari Rumah Fesyen tradisional. Ini termasuk jenama Itali seperti Prada dan Miu Miu, Fendi Couture, Gucci, Atelier Versace, Armani Privé dan juga rekaan global yang hebat seperti Alexander McQueen, Louis Vuitton, Thierry Mugler Couture dan Vivienne Westwood.
Pengunjung dibawa melalui perjalanan yang mengasyikkan dari kelahiran Swarovski di Vienna pada abad ke-19 ke Milan pada abad ke-21. Ia dibahagikan kepada tujuh tema dan antaranya ialah Time Chamber, Jewellry Box, Diamonds Of The Future, Masters Of Light dan Pop Icons.
Sorotan lain termasuklah koleksi rekaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini dipakai oleh ikon budaya pop global seperti Josephine Baker, Tina Turner, Madonna dan Kylie Minogue, pilihan kostum pentas yang unik dan penampilan karpet merah dari Koleksi Warisan Swarovski dan beribu-ribu barang kemas kristal yang berkilauan.
Pameran Swarovski, Masters of Light dibuka kepada orang ramai di Palazzo Citterio dari sekarang hingga 14 Julai 2024 secara percuma!