SERLAHKAN GAYA DENGAN TAMPILAN AKSESORI PANDORA ME PADA LEHER, PERGELANGAN TANGAN ATAU JARI. SERANGKAIAN AKSESORI BERJIWA MUDA KHUSUS GOLONGAN YANG SUKAKAN STAIL ADA KARAKTER.
Pandora ME direka mewakili seluruh generasi. Koleksi baharu ini mendorong gaya menyuntik kesegaran melalui penggayaan. Dan memakai rekaan yang diperibadikan mengikut cita rasa. Melalui koleksi ini, Pandora mengajak kita untuk bereksperimen dan berinteraksi dengan semua elemen yang terkandung.
Mengolah kreativiti masing-masing untuk menggabungkan gelang, rantai, cincin dan anting-anting dengan pautan gaya, mencetus keseronokkan. Butiran yang terdapat pada koleksi ini mencipta statement gaya mendasari kisah tersendiri. Oleh kerana reka bentuknya yang pelbagai, ragam gaya terwujud, apatah lagi generasi masa kini punya identiti yang berbeza. Satu koleksi untuk semua.
Pandora ME meraikan keperibadian yang bebas, melalui reka bentuk dari kemasan matte dan digilap warna terang enamel. Yang mana keduanya berpadu indah, walaupun berbeza material. Setiap reka bentuk direka fleksibel, mudah disesuaikan dengan setiap aspek keperibadian anda. Padankan perhiasan mengikut mood, teras gaya atau sebagai lambang gaya anda.
Ternyata, Pandora ME diilhamkan identiti gaya Gen Z yang baru, koleksi ini memberi spirit berani, bebas dan tidak konvensional pada gaya. Khusus golongan yang percaya pada ekspresi diri adalah segalanya. Pandora ME menampilkan wajah-wajah muda, seperti Addison Rae, Charli XCX dan Kid Cudi sebagai wajah kempen.
ITEM HANGAT PANDORA ME