Di acara EH! Top 20, kami gayakan seramai 27 personaliti dalam persalinan Coach.
Dalam acara EH! Top 20 tahun ini, kami meraikan gelombang baharu dalam dunia hiburan dengan mengetengahkan 20 personaliti yang kami anggap sebagai The Next Big Thing, ikon yang sedang membentuk trend seterusnya dalam landskap seni. Mereka bukan sekadar figura popular, setiap satunya mewakili tenaga baharu, suara baharu dan arah baharu yang sedang mempengaruhi cara kita berfesyen, berkarya dan berfikir.
Untuk menguatkan naratif ini, setiap personaliti digayakan dalam persalinan eksklusif daripada Coach, jenama yang sentiasa sinonim dengan evolusi gaya dan identiti moden. Koleksi terbaharu Coach memberi ruang untuk interpretasi fesyen yang lebih ekspresif dan progresif, seiring dengan semangat The Next Big Thing, berani, segar dan mencetuskan perubahan. Siluet-siluet ikonik, permainan tekstur yang kontemporari, serta palet warna yang mendahului arus menjadikan setiap penampilan menjadi ramalan kepada trend yang bakal mendominasi.
Kolaborasi bersama Coach memberi kami peluang menyusun satu himpunan visual yang menonjolkan personaliti-personaliti ini sebagai kuasa baharu, mereka yang akan menentukan apa itu the next big trend. EH! himpunkan 27 personaliti yang menyarung persalinan daripada Coach,
Nelysa Kay (Xone)
Nina Ariff
Arisa Soraya
Bidadari
Faris Azim
Juju Yahya dan Marsha
Shalma Eliana
Aisha Retno
Iman Opie
Arisa Soraya, Shalma Eliana, Iman Opie dan Arena Wan
Killa Driz
Nina Hasnul
Arena Wan
Maya Letisha
Ellya Keesha (Xone)
Fiti Farok
Alya Iman
Trisya Ooi
Ezzanie Jasny
Haris Hamdan
Eros
Muqh Mazlan
Badron
Ezra Tham
Faeiz
Baca: Anok Yai Dinobatkan Model of the Year, Ini Barisan Figura yang Hadir di Fashion Awards 2025



























