Masih dalam mood tahun baru! Undangan untuk ke acara parti terus bertalu-talu masuk. Sampaikan tiada lagi helaian party dress yang hendak disarungkan. Tidak mahu nampak bosan dengan rekaan yang biasa-biasa sahaja. Tambahkan inisiatif sendiri dengan mencari idea gaya party dress yang hangat terus daripada jenama antarabangsa. Ini adalah cadangan EH! untuk memantapkan penampilan kamu ke acara parti tahun baru hujung minggu ini.
BLACK SWAN
Tiada yang mampu menandingi gaya dalam persalinan simbahan hitam. Ia cukup elegen dan pastinya tidak ada celanya. Tambahan lagi, dress hitam ia boleh disarung berkali-kali kerana nilai klasiknya. Tip EH! ketika membila helaian dress parti hitam cuba dapatkan yang tidak drama rekaannya. Biar ringkas asalkan fabriknya mewah.
PINK PRINCESS
Untuk gadis yang mahu kekal feminin, pilihan bergantungan rona merah jambu pasti menjadi pilihanmu. Kekal sweet dengan perincian mewah seperti bulu burung atau jemeki indah. Gandingan dress parti merah jambu cukup memberi stail yang lebih mudah. Digayakan bersama kasut manis sudah terus mengubah gaya partimu!
Pautan Berkenaan: Beg Bahu Jadi Objek Utama Muncul From 2000s