Melangkah ke musim baharu, Pedro FW2021 berkisar tentang perubahan terbaik dengan rekaan dinamik untuk setiap individual.
Change is to evolve – itu menjadi misi buat Pedro FW2021! Melihat keadaan sekarang, dengan pendamik yang mungkin mula dapat dibendung. Pedro juga mahu bergerak bersama hidup dalam dunia baharu ini. Perubahan itu penting dan ia diterapkan buat koleksi terkini. Pedro menghimpunkan pilihan barangan yang lebih dinamik mengikut selera setiap individu. Juga, meraikan sisi seni yang cukup dekat dengan mereka baik item lelaki mahupun wanita.
kisah perubahan ini difilemkan dalam satu kempen yang digarap oleh Choann. Bintang utama kempen Change is to Evolve adalah dua protagonis yakni Kaigin dan Ding Wei yang terpesona dengan kewujudan satu photo-booth. Di dalam photo-booth itulah dua peragawati ini menerima pengalaman ke satu alam yang lebih unik. Serta gaya persona mereka berubah-ubah, selari dengan idea perubahan yang dibawa oleh Pedro FW2021.
Taruhan items utama buat koleksi wanita bersifat lebih understated dan mengangkat tema utilitarian. Diperkaya dengan asen yang bold dan rekaannya berasakan arca seni sekitar kita. Perinciannya tidak bergitu berat, sesuai dengan trend semasa yang mahukan sesuatu gaya mudah.
Buat lelaki pula, Pedro membawa ke satu pengalaman aktiviti laur. Mahu mencipta satu kembara yang unik dan dilengkapi bersama item berkarakter athleisure. Diselitkan gaya yang dicedok dariapda era 70-an. Klasik bertembung moden!
Pautan Berkenaan: Braun Büffel Mendekati Idea Perspektif Micro/Macro