Kerabat di-raja biasanya sinonim dengan gaun dan sut bertali leher tetapi sama seperti kita, mereka juga bergaya kasual pada hari-hari biasa.
Kita sudah biasa lihat selebriti berfesyen daripada kasual ke glamor tetapi golongan di-raja, mereka mengikut protokol berbeza apabila ia berkaitan dengan pakaian yang boleh mereka pakai. Walaupun begitu, mereka juga suka berpakaian kasual pada hari biasa dan ia membuatkan penampilan mereka lebih pelbagai!
Tidak kira siapa pun anda atau dalam era apa anda dibesarkan, denim dan seluar jean adalah item di dalam almari pakaian yang mesti dimiliki.. termasuklah kerabat di-raja. Daripada high waisted jeans ke skinny jeans, terdapat variasi denim yang menyerlah untuk setiap jenis fesyen. Oleh itu, EH! sajikan di sini tujuh penampilan ikonik denim di-raja.
1. Puteri Diana, Princess of Wales
Queen of Fashion! Dalam ramai-ramai kerabat di-raja, Puteri Diana sentiasa menyerlah dengan gayanya yang pelbagai. Puteri Diana memakai denim on denim dan jaket kulit membaluti badannya semasa bercuti di Lech, Austria bersama anak-anak lelakinya pada tahun 1993.
Dia melengkapkan gayanya dengan aksesori anting-anting, tali pinggang dan but tinggi berona putih salju. Gaya Diana ini menghasilkan gaya ensembel seimbang yang sempurna dan menjadi ikutan orang ramai.
2. Puteri Alexandra, The Honourable Lady Ogilvy
Pada tahun 1954, British terkedu apabila gambar Puteri Alexandra dari Kent memakai seluar jean semasa perlawanan tenis di Coppins. Puteri Alexandra memakai kemeja lengan pendek bercorak gingham, seluar jean dan sepatu bertali.
Pada masa itu, amat mengejutkan para wanita kerana ia merupakan tonggak konservatisme dan tradisi dalam budaya British dan Eropah untuk memakai sepasang seluar jean. Puteri Alexandra melanggar protokol di-raja demi keselesaan dan kepraktisan, membuka pintu untuk orang lain mengikutinya. ikonik!
3. Putera William dan Puteri Kate Middleton, Prince and Princess of Whales
Dalam momen jarang berlaku, Puteri Kate berpakaian seperti gadis koboi pada suatu majlis di Kanada dan sejujurya, dia kelihatan sangat chic! Kate memakai kemeja tuck in bercorak dipadankan dengan seluar jean biru gelap.
Untuk penambahan aksesori yang bergaya, dia memakai topi koboi berona putih dan tali pinggang kulit hitam. Dia juga memakai sepasang but koboi, sesuai dengan gaya ‘gadis koboi’ itu.
Putera William pula menggayakan kemeja tuck in plaid berona hijau biru, dipadankan dengan seluar jean potongan lurus. Melengkapkan gayanya itu, Putera William memakai topi koboi seperti isterinya, tali pinggang berona coklat dan but sama padan tali pinggang.
4. Meghan Markle, Duchess of Sussex
Megan Markle menghadiri final tenis terbuka AS untuk menyokong rakan baiknya, juara tenis Serena Williams. Melangkah keluar dengan kelihatan anggun, Megan memakai kemeja gaun denim bertali dibaluti kot kardigan berona kelabu. Dia melengkapkan gayanya dengan perhiasan rantai, kaca mata hitam dan tas tangan padanan kardigan.
5. Putera Harry, Duke of Sussex
Pada perlawanan di Kelab Polo Cirencester Park 2004, Harry hadir dengan memakai jaket windbreaker dan sepasang seluar jean potongan lurus. Disebalik jaketnya, Harry memakai kemeja berona biru dan untuk melengkapkan gaya itu, dia mengenakan but coklat dan gelang. Harry memancarkan keselesaan sepenuhnya dalam pilihan gayanya itu.
6. Puteri Grace, Princess of Monaco
Kerabat di-raja British tidak mempunyai monopoli untuk memakai seluar jean, jadi Puteri Grace Kelly bergambar disebalik batu besar dengan memakai kemeja tuck in berorak dan sepasang seluar jean gelap yang dilipat hingga paras bawah betis.
Bagi melengkapkan gayanya itu, Grace memakai flat feminin berona hitam. Gayanya simple, tetapi flat dipakainya itu menjadi trend masa kini.
7. Puteri Anne, Princess Royal
Dalam kerabat di-raja mungkin Puteri Anne paling banyak dilihat memakai seluar jean. Berikut ialah Puteri Anne bersama anak-anakya, Zara dan Peter Phillips di Pameran Kuda Windsor pada tahun 1985.
Dia menggayakan jaket musim sejuk dan seluar jean potongan lurus. Disebalik jaket, dia memakai lagi satu jaket mungkin disebabkan cuaca sejuk dan untuk melengkapkan gayanya, Puteri Anne memakai skarf di kepala.