Sebuah akaun Twitter yang didedikasikan buat aktor dan penyanyi itu berkongsi rasa tidak percaya mereka terhadap penampilan Justin yang kelihatan seperti tidak dimamah usia.
“Begini rupa paras Justin Timberlake pada tahun 2023? Dia benar-benar awet muda.” Seorang lagi netizen memuat naik ciapan, “Wajahnya kekal muda dan segar pada usia 42 tahun.”
Justin Timberlake tidak asing lagi dengan Louis Vuitton dan telah menghadiri beberapa pertunjukan pentas peragaan jenama Perancis itu selama bertahun-tahun dan sering membawa isterinya, Jessica Biel bersama.