Cardi B di MET GALA
Mother is mothering! Rapper terkenal, Cardi B tiba di MET GALA dengan penampilan yang semestinya antara gaya yang paling diingati tahun ini. Tumpuan utama gayanya adalah gaun ball gown tulle hitam yang begitu kembang, saiznya yang luar biasa cukup menangkap mata sekeliling.
Dia melengkapkan gaun dramatik itu dengan perhiasan berlian dan zamrud dari Kamyen, termasuk anting-anting panjang yang besar, rantai mewah, dan gelang berkilauan yang memukau.
Kim Kardashian di MET GALA
Kim Kardashian tampil memukau dalam balutan perak di MET GALA. Bintang realiti dan usahawan Skims itu memilih gaun korset perak berkilau rekaan Maison Margiela yang menonjolkan potongan pinggang ramping—selaras dengan gaya signaturnya.
Gaun tersebut dihiasi motif bunga dengan potongan yang mendedahkan bahagian kakinya. Kim memadankan busana dramatik itu dengan sweater kelabu pendek yang memberikan elemen cozy dan kontras yang menarik.
Zendaya di MET GALA
Zendaya tampil bak watak di dalam filem Hunger Games, menyarung ciptaan menakjubkan Maison Margiela Artisanal oleh John Galliano, yang diinspirasikan daripada gaun Dior tahun 1999.
Gaun sebelah bahu itu menampilkan potongan skirt trompet panjang dengan corak jalur menyerong berwarna biru dan hijau zamrud, dihiasi perincian berbentuk buah pada sebelah bahagian pinggang. Dia menambah elemen dramatik dengan pemakaian fascinator daripada jaring mesh dan tulle, menyerlahkan gaya yang penuh berani dan artistik.
Tyla di MET GALA
Bagi penampilan sulung Tyla di Met Gala, penyanyi itu memilih Balmain untuk merealisasikan penampilan fantastiknya. Mengambil inspirasi daripada tema ‘Garden of Time’ yang menekankan konsep masa, pasukan Balmain mencipta gaun unik yang diperbuat daripada pasir, sebagai simbolik kepada ‘sands of time‘.
Baca: “Yakin Dengan Diri Sendiri Dan Sentiasa Cuba Perkara Baharu” Zei, Pretendworld Shopfront