Satu lagi tahun hampir melabuhkan tirainya, dan sepanjang 2025, pelbagai penampilan selebriti di karpet merah berjaya mencuri perhatian dengan gaya fesyen yang memukau.
Tahun 2025 bakal meninggalkan kita dengan jejak yang indah dalam dunia fesyen karpet merah. Setiap penampilan selebriti bagaikan membawa cerita dan aura tersendiri, mempamerkan keseimbangan sempurna antara keanggunan, kreativiti, dan keberanian dalam bergaya.
Bagi saya, karpet merah sentiasa menjadi momen yang dinanti-nantikan setiap kali ada acara istimewa. Dari situ, kita dapat menyaksikan ekspresi unik para selebriti melalui fesyen mereka. Di sini, saya himpunkan gaya-gaya yang bukan sahaja menjadi bualan ramai, tetapi juga yang benar-benar memikat hati saya.
Sabrina Carpenter

Penampilan Sabrina di VMAs September lalu benar-benar membuatkan saya terpukau. Gaun rekaan Valentino lengan panjang dari renda merah berkilau yang nipis itu dipadankan dengan bulu lavender ala showgirl dan dihiasi sedikit perhiasan Tiffany & Co., menjadikan keseluruhan penampilan ini semegah dan seglamour mungkin.
Chappel Roan

Chappel Roan menghadiri Grammy pertamanya di mana dia membawa pulang trofi Artis Baru Terbaik dalam gaun Haute Couture Jean Paul Gaultier bertema vintage, diinspirasikan oleh Degas, yang mempamerkan gaya fesyennya yang fantastik.
Solekan yang menyerlah seperti karya seni melengkapkan penampilan itu, manakala kasut unik John Fluevog serta perhiasan dari Anabela Chan dan Djula menambahkan lagi sentuhan peribadi yang menyeronokkan.
Mother(board) memang menggegar! Lawatan promosi Turner-Smith untuk “Tron: Ares” dipenuhi dengan penampilan menawan, tetapi gaun Schiaparelli Haute Couture yang digelar “robot dress” ini benar-benar menonjol.
Dihiasi dengan kristal Swarovski dan cip komputer bersama serpihan cakera padat, kamera digital, kalkulator dan malah telefon bimbit. Gaun ini adalah puncak kreativiti dalam fesyen berkonsepkan watak.
Kalung choker akrilik jernih dan kasut PVC lutsinar oleh Gianvito Rossi pula melengkapkan gaya futuristik ini dengan sempurna, membuatkan saya terus terpikat dengan setiap detailnya.
Timothee Chalamet dan Kylie Jenner
Timothée Chalamet dan Kylie Jenner tampil serasi dalam rekaan khas Chrome Hearts untuk penampilan karpet merah kedua mereka. Mereka tiba dalam ensemble Chrome Hearts yang sepadan. Timothée menyarung sut kulit oren terang, dipadankan dengan kemeja sutera oren dan but oren, sambil membawa sarung paddle ping-pong kulit hitam Chrome Hearts di bahunya.
Kylie pula tampil memukau dalam gaun panjang oren dengan potongan segitiga di bawah dada dan di pinggang. Bahagian dasar leher V yang mendalam dihias dengan salib, yang diulang pada rantai lehernya dengan pelbagai saiz salib. Dia melengkapkan penampilan dengan kasut bertumit oren berbentuk tajam, menjadikan keseluruhan gaya mereka begitu padu dan memikat.
Saya rasa, selepas melihat mereka berdua, warna oren pasti akan menjadi trend besar tahun depan, cukup berani, menyerlah, tetapi tetap elegan.
Rihanna

Rihanna mengumumkan kehamilannya dengan cara yang paling “on-brand” di step-and-repeat Met Gala bulan Mei, mengenakan rekaan Marc Jacobs tersuai bertema menswear.
Hanya Rihanna yang mampu menonjolkan tema malam itu, “Superfine: Tailoring Black Style”, dengan begitu sempurna walaupun sedang lima bulan mengandung.
Jenna Ortega

Bintang “Wednesday” memang seorang yang berani di karpet merah, dan top bejeweled yang dipakainya di Emmys September lalu mungkin salah satu penampilan terbaiknya sepanjang masa.
Rekaan ini datang daripada koleksi pertama Sarah Burton untuk Givenchy, dan menurut stylistnya, Enrique Melendez, berat ia antara 20 hingga 30 paun.
Zendaya

Tidak lengkap senarai ini jika tiada Zendaya. Tahun ini, penampilan pelakon “Euphoria” itu begitu menawan di Golden Globes, menyarung gaun sutera Louis Vuitton berwarna safron dengan ekor yang lebar, dipadankan dengan kasut tumit yang sepadan dan rantai leher Bvlgari. Look ini sangat dramatik!
FKA Twigs

FKA Twigs antara selebriti yang cukup berani dan pelik dalam fesyen (saya suka). Dia tampil dalam set dua helai Matières Fécales berwarna merah darah, lengkap dengan crop top berstruktur berlengan panjang dan seluar low-rise dengan detailing ala bandage koyak
Rambutnya dibentuk seperti headphone berwayar oleh Louis Souvestre, dipadankan dengan aksesori perak, bibir merah bata, chrome grillz, dan tumit platform Christian Louboutin x Matières Fécales, satu penampilan yang unik, berani, dan sukar dilupakan.
Jaden Smith

Jaden Smith benar-benar mencuri perhatian di Grammy Awards 2025 dengan sut serba hitam Louis Vuitton yang menonjol, lengkap dengan hiasan kepala tiga dimensi berbentuk istana, direka oleh Dora Abodi.
Penampilan ini bukan sahaja menunjukkan keberanian dan unsur folklore, tetapi juga berjaya menarik pandangan ramai dan menjadi bualan hangat di media sosial.
Alton Mason

Inilah yang saya maksudkan! Lelaki tidak semestinya hanya tampil dengan sut hitam yang membosankan, ia boleh menjadi begitu menarik, seperti Alton. Dia memberi penghormatan kepada lagenda hip-hop, Slick Rick the Ruler, dengan patch perak berhias mata dan topi fedora hitam klasik.
Penampilannya semakin menonjol dengan jaket lengan panjang perak berunsur siluet waistcoat berskulptur dan potongan berbentuk hati di dada, dipadankan dengan blazer panjang yang mengalir anggun. Seluar dan but logam yang sepadan menyempurnakan gaya ini, menggabungkan fesyen tinggi dengan sentuhan Afro-futuristik yang penuh karakter.
Lalisa

Gaun Lisa benar-benar menonjol, bukan sahaja kerana warnanya yang terang, tetapi juga kerana material halusnya yang seolah-olah dianyam daripada gula kapas. Bahagian bodice yang terdedah di bahu menampilkan leher berbentuk hati dan pinggang yang rapi, manakala skirtnya hadir dengan hem depan asimetris dan ekor panjang yang mengalir di belakangnya.
Penampilan ini terasa begitu anggun dan dreamlike, membuatkan sukar untuk alih pandangan daripada setiap detailnya.
Ariana Grande

Miss Glinda, menjadi wajah yang sentiasa mencuri perhatian di karpet merah tahun ini. Memilih satu penampilan terbaik daripada wardrobe bertema Glinda-nya memang sukar, tetapi gaun bustier strapless Haute Couture Schiaparelli yang dipakainya di Oscars bulan Mac terasa seperti mimpi yang ethereal.
Zara Larsson

Zara Larsson, namanya semakin melonjak selepas keluaran albumnya ‘Midnight Sun’. Dia hadir di karpet merah VMAs 2025 dan mengekalkan aura ceria musim panas dengan padanan busana floral yang dipenuhi permata, lengkap bersama sandal Margot rekaannya berwarna oren terang
She’s the trendsetter untuk tahun 2026, mark my words!
Canon Gray

Di VMAs 2025, Conan Gray tampil memukau dengan busana bertema nautikal oleh Erik Charlotte, menghidupkan “era sailor” untuk albumnya Wishbone, lengkap dengan butiran marin dan sentuhan fantasi, menjadikan penampilannya satu statement fesyen yang unik dan sukar dilupakan.


