Dalam kemeriahan minggu fesyen, acara lain seperti The Business of Fashion Gala yang lebih dikenali sebagai BOF 500 juga meriah dihadiri personaliti dengan penampilan berani dan bergaya.
Pada Sabtu lepas, The Business of Fashion Gala meraikan BoF 500 telah berlangsung semasa Minggu Fesyen Paris di Hotel Shangri-La di City of Lights. Acara itu meraikan tokoh berpengaruh dalam fesyen dan hiburan, menghimpunkan selebriti terbesar dalam penampilan terbaik mereka.
Acara ini telah berlangsung sejak 2013 dan menjemput orang berdasarkan pengaruh mereka dalam lapan kategori: Pereka, Eksekutif, Media, Peruncit, Usahawan, Kelas Kreatif, Model dan Muses, dan Catalysts. Tahun ini, peserta di BoF 500 Gala adalah gabungan global yang berasal dari lebih 35 negara.
Mereka datang dari jauh seperti Jepun, India, Brazil dan Australia; dari Rwanda, Nigeria dan Kenya; dari Mexico dan Colombia dan dari UAE, Mesir dan Kuwait. Tahun ini, peserta di BoF 500 Gala adalah gabungan global yang berasal dari lebih 35 negara. Mereka datang dari jauh seperti Jepun, India, Brazil dan Australia; dari Rwanda, Nigeria dan Kenya; dari Mexico dan Colombia dan dari UAE, Mesir dan Kuwait.
Normani
Normani benar-benar memukau dalam gaun korset rekaan Dilara. Kasut tumit tinggi berona putih dan aksesori perak cukup membuatkan gayanya pada malam itu menang! Bagi saya, stack bangles ialah trend yang semakin besar!
Shay Mitchell
Shay Mitchell memakai gaya formal yang dibaluti outerwear panjang meleret Willy Chavarria yang rumit ini.
Paris Jackson
PaGetty ImagesParis, anak kepada Michael Jackson hadir dengan gaun hitam yang mengikut siluet.
Bright
Coco Rocha
Supermodel Coco Rocha kagum dengan gaun putih yang diilhamkan oleh biola dari Weinsanto ini.
Patrick Ta
Lucky Blue Smith dan Nara Aziza Smith
Lovebirds are here! Model yang sungguh terkenal Lucky Blue Smith memakai sut Prada hitam manakala isterinya Nara Aziza Smith kagum dengan gaun Miu Miu hitam, cutout pada bahagian dadanya.
Bach Buquen
Bach Buquen, seorang tiktoker yang amat terkenal dengan tariannya. Bach memakai sut plaid tanpa baju disebalik sut itu.
Nina Dobrev
Nina Dobrev menggayakan look bersinar dengan gaun halter yang dipenihi sequins. Nina memakai clutch dan kasut tumit tinggi sama padan untuk melengkapkan gayanya.
Dove Cameron
Dove Cameron kelihatan seperti bidadari dalam gaun kembang berona merah menjerit rekaan Richard Quinn yang dilengkapi dengan reben hitam pada bahagian atas gaun itu.
Damiano David
Damiano, vokalis kumpulan Maneskin hadir bersama teman wanitanya Dove Cameron. Gaya David tidak pernah mengecewakan, dia memakai satu set sut berona kelabu metalik.
Barbara Palvin
Tidakkah Barbara kelihatan sungguh menawan? Bagi saya gayanya simple, gaun slit tanpa lengan dipadankan bersama sepasang kasut tumit tinggi hitam. Tapi auranya cukup membuatkan orang berpaling wajah ke arahnya.
Jared Leto
Jared Leto tiba dengan gaya hitam putih dari Valentino. Jared hanya memakai kot panjang tanpa helaian disebaliknya dan memakai bandana dan aksesori bagi pelengkap gayanya malam itu.
Mathieu Simoneau
Mathieu Simoneau, seorang model Kanada yang telah mengambil bahagian dalam industri fesyen. Terkenal dengan penampilannya yang kacak dan bergaya, Mathieu hadir dalam sut dan kemeja renda disebalik blazernya.
Alex Consani
Model of the year, Alex Cosani hadir dengan gaya yang sungguh elegan dalam rekaan Mugler SS25 RTW.
Amelia Grey
Amelia Grey, seorang model meningkat naik memastikan semua mata tertumpu padanya untuk malam itu sambil mempamerkan pose garang sambil mempamerkan susuk tubuhnya dalam gaun ruched lutsinar dalam rona burgundy.
Amelia menggandingkan ensembel beraninya dengan tali pinggang hitam nipis dan tumit hitam runcing.