Pereka fesyen Rizman Nordin yang mencipta nama bersama rakan perekanya, Wan Ruzaini atas label Rizman Ruzaini berkongsi khabar gembira di akaun Instagramnya hari ini. Isterinya, Nurida Suraya atau mesra dikenali sebagai ‘baby’ di kalangan orang industri fesyen sudah hamil anak sulung mereka. Berdasarkan kapsyen yang ditulis itu, Nurida sudah pun hamil empat bulan.
Rizman dan Nurida diijabkabul pada 13 September tahun lalu dalam satu majlis yang cukup meriah di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz.
Tulis Rizman di dalam post terbarunya di akaun @rizman.n
“Alhamdulillah.. dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, bersyukur Kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat.
To my beautiful queen @nuridasuraya thank you so much for this. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mu. ❤
Ya Allah ya tuhanku, semoga Anugerah pinjamanMu ni dilahirkan cukup sifat, seindah Makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat kami didik ia kejalanmu, yang akan membawa kami ke syurgaMu. .
Amin amin ya rabbalalamin..”
Tahniah dari kami di EH!