Bob Mackie menganggap tindakan Kim Kardashian sebagai satu kesilapan besar. “Tiada orang lain patut dilihat menyarung gaun itu,” kata pereka kostum legenda mengenai gaun mendiang Marilyn Monroe yang dipakai oleh Kim Kardashian pada Met Gala 2022.
Pereka pakaian berusia 82 tahun, yang melakar pakaian “Selamat Hari Lahir, Tuan Presiden” untuk mendiang aktres itu memberikan ulasan kritis tentang pemakaian semula oleh Kim Kardashian ke Met Gala.