Untuk memuatkan diri dalam gaun itu, Kardashian, 41, memberitahu dirinya perlu kehilangan 16 paun dalam tiga minggu.
Diet ekstrem yang diamalkan oleh Kim mendapat kritikan panas daripada pakar pemakanan dan menasihatkan orang ramai untuk tidak mengikut diet tersebut kerana berbahaya.
Kim kongsi, dirinya akan memakai sut sauna dua kali sehari, berlari di atas treadmill, memotong sepenuhnya kandungan gula dan karbohidrat dan hanya makan sayur-sayuran dan protein. Senaman ketat ini dipanggil sebagai ‘cleanses or crash diets‘, dan berkata ia bukan penyelesaian yang baik.