“More is more”… Selain busana, selebriti A-List dan momen, perhiasan permata berlian bernilai cecah $15 Juta, juga menangkap mata pengarang!
Jika sesetengah selebriti memilih gaya minimalis dengan konsep “less is more” di Met Gala, ramai lagi yang tampil berani dengan kilauan perhiasan mewah yang membuatkan semua mata tertumpu kepada mereka.
Daripada berlian rare hingga rekaan eksklusif yang ditempah khas, beberapa aksesori yang dipamerkan dilaporkan bernilai jutaan dolar.
Intai perhiasan termahal di Met Gala 2026:

1. Beyoncé
Beyoncé tampil mengenakan busana serba berhias kristal rekaan Olivier Rousteing lengkap dengan mahkota yang sepadan. Penampilannya disempurnakan dengan ratusan karat berlian dan zamrud Chopard yang menghiasi leher, telinga dan pergelangan tangannya, menjadikannya antara yang paling dominan di karpet merah.

2. Isha Ambani
Isha Ambani mencuri perhatian dengan busana tempahan khas Gaurav Gupta yang disulam menggunakan batu permata daripada koleksi peribadi Nita Ambani. Termasuk 200 berlian old mine cut dan zamrud bersejarah yang pernah dimiliki Nizam. Beliau turut memakai choker Lorraine Schwartz dengan zamrud 50 karat yang pernah dipakai di Oscar 2009.

3. Anne Hathaway
Sebagai duta global Bulgari, Anne Hathaway tampil elegan dengan rantai emas minimalis namun dramatik. Rantai tersebut dihiasi 35 karat berlian pavé yang melengkapkan gaun Michael Kors Collection, membuktikan bahawa kesederhanaan juga boleh kelihatan mewah.

4. Dwayne Johnson
Dwayne Johnson membawa kemewahan ke tahap lain dengan jam tangan Jacob & Co. “Billionaire III” bernilai $3.3 juta, dipercayai antara jam paling mahal pernah dipakai ke Met Gala. Beliau turut menambah brooch Manish Malhotra High Jewelry bertatah berlian dan zamrud.

5. Lisa (BLACKPINK)
Lisa tampil luar biasa dalam gaun Robert Wu yang dihiasi 66,960 kristal Swarovski. Penampilannya dilengkapkan dengan koleksi Bulgari High Jewelry termasuk rantai safir 50 karat, menjadikannya antara yang paling berkilau malam itu.

6. Rihanna
Rihanna membuat penampilan ke-11 di Met Gala dengan gaun dramatik Maison Margiela yang kelihatan “menitis” dengan permata. Beliau turut memakai pelbagai perhiasan daripada Fred Leighton, Briony Raymond, DYNE dan Glenn Spiro, menjadikan keseluruhan look sangat artistik dan mewah.

7. Sabrina Carpenter
Sabrina tampil kreatif dengan gaun jalur filem bertatah rhinestone yang memaparkan adegan filem Sabrina (1954). Beliau menambah dua rantai Chopard 50 karat, anting-anting 10 karat serta hiasan kepala berlian untuk kilauan maksimum.

8. Emily Blunt
Emily Blunt tampil sofistikated dengan busana hitam Ashi Studios dan body necklace Mikimoto bernilai sekitar $500,000. Rantai itu dihiasi ribuan mutiara Akoya, morganite 21.85 karat dan 45.97 karat berlian.

9. Jisoo (BLACKPINK)
Jisoo tampil romantik dengan gaun Dior berinspirasikan taman, dilengkapi choker Cartier 1905 yang disulam pada baldu merah jambu. Penampilannya turut diserikan dengan anting-anting berlian vintaj Cartier yang menambah sentuhan klasik.

10. Rosé (BLACKPINK)
Rosé menyerlah dengan gaun Saint Laurent bermotif burung yang dipadankan dengan rantai Tiffany & Co. berunsur sayap. Perhiasan itu menampilkan batu utama 4 karat, memberikan sentuhan lembut dan elegan yang sempurna.
