Daripada rutin harian ke pentas ekspresi diri yang lebih bermakna, Shalma Ainaa, Pengarah Kreatif jenama fesyen tempatan SHALS membawa kita menyelami dunia gaya yang dibinanya dengan penuh teliti dan jujur.
Dalam siri jelajah EH!Xperience Truck x Kérastase ke universiti terpilih, hari kedua terakhir membawa kami ke perhentian istimewa, Taylor’s University. Jenama tempatan, SHALS tampil sebagai kolaborasi eksklusif, memberi peluang kepada para pelajar merasai sendiri sentuhan jenama ini. Di sebalik kesibukan hari yang penuh makna, Shalma Ainaa, pengasas dan wajah di sebalik SHALS turut meluangkan masa berkongsi kisah tentang evolusi gaya, keyakinan diri, dan magis yang terpancar daripada setiap helaian SHALS yang menjadikan pemakainya rasa benar-benar ‘Speshals’.
Tip penggayaan?
Bagi Sha, less is always more. Dari situ, kita boleh bina gaya yang lebih tersendiri. Semuanya terletak pada cara kita style, gabungkan dan padankan sesuatu look,
Apa yang sentiasa ada dalam beg tak kira ke mana Shalma tuju?
Pertama sekali, peppermint essential oil memang wajib ada, itu benda utama saya tak boleh tinggal. Lepas tu, lip balm. I’m a big fan of lip balm dan satu lagi, shades! Item wajib yang sentiasa ada dalam beg SHALS.
Macam mana Shalma padankan beg dengan outfit?
Sejujurnya, semuanya bergantung pada mood, kadang-kadang, ikut keadaan juga. Kalau tiba-tiba rasa nak pop sikit, saya akan pilih warna-warna terang. Tapi kalau hari ini Sha dah pakai baju merah, saya akan tonjolkan keseimbangan — jadi outfit Sha lebih neutral, biasanya hitam. Macam itulah, semuanya tentang balance.
Kalau SHALS diberi peluang untuk kolaborasi dengan jenama antarabangsa, jenama mana yang Shalma akan pilih dan kenapa?
Ramai sebenarnya, tapi buat masa sekarang, Jacquemus. Sha nak sangat ‘pick his brain’, nak tahu macam mana dia bina storytelling dia, dari segi marketing sampai lah ke cara dia cipta keterujaan dalam setiap koleksi.
Apa yang Shalma mahu wanita rasa bila mereka menggayakan Shals?
Saya nak mereka rasa yakin dengan diri sendiri. I want them to feel “Speshals”, itulah maksud di sebalik tagline kami. Sha percaya, bila kita pakai sesuatu, ia ada kuasa untuk buat kita rasa a certain aura.
Pakaian daripada SHALS yang paling sesuai untuk “main character moment”?
Of course, koleksi coming of age terbaru SHALS. Tapi kalau kena pilih satu, mungkin oversized blazer dan skirt pants. Sebab dua item ni betul-betul menyerlahkan elemen strong empowering women.
3 perkataan menggambarkan identiti jenama shals
Effortless, cool dan chic.
Kalau Shalma perlu pilih satu lagu yang menggambarkan vibe Shals, apakah lagunya?
Jamie xx, Gosh.
Baca: Ceritera Tentang Gaya Bersama Yaya Zahir, Salah Satunya Tentang Peminat ASLY