Walau ada yang beranggapan persalinan tersebut kelihatan melemaskan, Che Ta tampil menafikan andaian peminat dan mengatakan ia selesa disarungkan.
“Pelitup muka itu diperbuat daripada kain jaring yang jelas ada lubang udara, jadi saya boleh bernafas. Jika menggunakan kain bertutup tanpa lubang udara, saya juga pasti akan berfikir banyak kali. Barangkali semput jadinya.
“Cuma sedikit mencabar apabila saya harus kekal dengan gaya sebegitu sepanjang majlis. Tapi sesekali orang tak perlu tengok wajah kita dalam acara seumpama itu, apa salahnya,” ujarnya.
Foto: Blackpepperproduction/Wireimage