Calvin Klein menganjurkan satu parti keramaian eksklusif di Tokyo, Jepun malam tadi dan dihadiri dua wajah rasminya Jung Kook dan Bright.
Ritma putaran muzik dari barisan dj LicaXXX, Romy Mats & Shiroyi Bradshaw, Kush Jones dan Midland melatari parti keramaian Calvin Klein yang berlangsung cukup meriah di Warehouse TERRADA G1-5L, 2-6-4 Higashi-Shinagawa-Ku, Toyko.
Kemunculan anggota kumpulan pop Korea paling popular BTS, Jung Kook pastinya menarik perhatian seluruh yang hadir ke acara itu. Jung Kook hadir dalam gaya denim yang sudah menjadi identiti kental label fesyen Amerika itu. Dia mengenakan kemeja denim bersama celana 90s Straight Jeans.
Bright Vachirawit, aktor Thai yang terus unggul dalam liga fesyen antarabangsa turut membuat kemunculan istimewa. Dan semestinya Meerqeen turut hadir sebagai wakil ‘delegasi’ Malaysia ke keramain Calvin Klein ini.
Antara tetamu lain yang hadir ialah Disha Patani, Rowoon, Amber Liu, Ice, PSY.P, Yubin Shin, penyanyi tersohor negara seberang, Raisa dan ramai lagi.
BACA: 90’s Straight Jeans Is Back! Aedy, Mimi & Nia in #mycalvins