Perinciannya yang sarat dengan motif sulaman dan kilauan metalik, koleksi Luxe Mix dari Aldo mampu menonjolkan gaya mewah setiap masa.
Sempena musim percutian yang bakal tiba tidak lama lagi, jenama fesyen terkenal, Aldo menampilkan koleksi Luxe Mix yang mencerminkan gaya siluet mewah buat gerobok penggemar fesyen.
Kali ini, setiap darinya hadir dengan tekstur dekaden, sequin gemerlapan, sulaman tangan yang elegan dan sepatu loafer berfabrik jacquard, but serta sandal. Setiap kali menyarung koleksi ini, ia mampu menyerlahkan gaya moden sofistikasi si pemakai.
Koleksi Luxe Mix memfokuskan pada ciri-ciri sulaman bunga, kilauan metalik dan sebagai satu statement utama dalam pemakaian harian untuk lebih memukau.
Sekali disarung, dijamin ia mampu menarik perhatian ramai kerana aura mewah yang menyinari pada koleksi Aldo kali ini. Menerusi koleksi ini, Aldo mahu mempertengahkan imej mewah pada si pemakai tidak kira masa sama ada kala siang hari mahupun malam.