Chanel memakaikan empat watak utama di Emmy Awards tahun ini, dan semuanya lengkap dengan perhiasan diri mewah.
Siri komedi ‘Widow’s Bay’ meraih kemenangan besar di Emmy Awards yang ke-78 dengan 14 kemenangan. Dan seperti biasa, bila ada acara anugerah mestilah ada sesi permaidani merah. Tahun ini Chanel memakaikan empat ‘main character’ termasuk wajah globalnya sendiri seperti Nicole Kidman dan Ayo Edebiri.
NICOLE KIDMAN
Bintang tinggi lampai ini kembali menarik perhatian lensa dunia hiburan beberapa tahun kebelakangan ini. Tambahan pula dia dilihat kembali aktif dalam arus perdana. Tahun ini, Nicole Kidman hadir ke Emmy Awards dengan pesona berbeza, bukan sebagai pelakon semata malah dia juga hadir sebagai penerbit apabila siri Apple TV ‘Margo’s Got Money Troubles’ menerima pencalonan.
Nicole hadir dalam balutan gaun off-shoulder dengan perincian bunga-bungaan berlapis-lapis, datang dari pelbagai material seperti sutra crepe, organza dan rafia. Penampilannya lengkap dengan perhiasan diri mewah, juga dari Chanel.
SARAH PIDGEON
Nama Sarah Pidgeon meledak selepas muncul dalam siri arahan Ryan Murphy, ‘Love Story’. Memeran sebagai Carolyn Bessette-Kennedy, pesona memukau dan dirinya dilihat sebagai antara ikon fesyen masa kini.
Vibe 90-an dalam siri drama itu bagaikan dibawa ke luar apabila Sarah Pidgeon menggayakan slip dress yang tampak begitu sleek. “Warnanya sangat cantik, dan Chanel melakukan tiga kali cuban warna sehingga mereka menemui ton yang sesuai dengan diri saya,” kata Sarah dalam temubual di karpet merah.
Gaun Chanel ini khabarnya mengambil masa selama 251 jam untuk disiapkan. Penampilan Sarah lengkap dengan aksesori Chanel High Jewelry termasuk cincin dengan bentuk bunga kamelia berserta rantai emas putih 18 karat.
AYO EDEBIRI
Ini adalah Emmy Awards keempat bintang Chanel ini. Dan kali ini dia mahu sesuatu yang lebih fun dan menyeronokan. Menurut Ayo dan penata gayanya, Danielle Goldberg, gaun yang digayakan Ayo adalah inspirasi dari koleksi Chanel yang dipentaskan di Biarritz, April lalu.
Tapi untuk Emmy Awards, Matthieu Blazy sarankan untuk bermain dengan warna yang berlainan dari koleksinya itu (hitam). Matthieu malah menambah reben merah pada gaun biru laut itu. Gaun ini mengambil masa 163 jam untuk disempurnakan.
YOUN YUH JUNG
Melihatkan penampilannya yang bersahaja (seiring usia), maka tidak hairan apabila banyak media dan pengkritik fesyen meletakkan Youn Yuh Jung sebagai antara best-dressed di Emmy Awards tahun ini.
Dia menggayakan gaun putih-perak Chanel yang sarat dengan perincian flora hampir pada keseluruhan gaun. Tahun ini, dia dicalonkan bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik hasil kecemerlangan aksinya di dalam siri ‘Beef’.








