Sementara dengan trend rona pastel, apa kata jadikan ia pilihan rona di kala Syawal. Bukan mahu bergaya klise tetapi sekadar untuk kelihatan manis ketika beraya.
• Gandingan cetakan flora yang tidak terlalu sarat pasti tampak lebih manis di pagi Syawal.
Gambar: facebook/nuritaharith
• Rona lembut menjadikan kamu tampak’ girly’. Padankan dengan pilihan aksesori seperti subang mutiara dan gelang halus. Ringkaskan solekan namun kekal menawan.
Gambar: tailored44.com
SI PERAWAN MANIS, BELLA DALLY>>
• Gabungan rona pastel dan rona yang terang menampakkan kamu lebih segar walaupun letih mencuci gelas di dapur.