Phoebe Dynevor lahir dalam keluarga seni. Darah lakonannya adalah campuran daripada ibu dan bapanya. Ibunya adalah bintang drama, Sally Dynevor. Manakala, bapanya pula adalah penulis drama televisyen, Tim Dynevor. Serta, Phoebe Dynevor bukanlah pelakon baru. Dia sudah berkecimpung dalam dunia lakonan sejak kecil. Siri pertamanya adalah Waterloo Road yang mempunyai 20 episod. Cuma kini dibawah asuhan Shonda Rhimes, dia mula mendapat perhatian. Dynevor mula mencuri mata orang dengan lakonannya sebagai Daphne Bridgerton. Sensasi fesyen era Regency melalui siri Bridgerton juga membuahkan pujian.
Phoebe Dynevor berkongsi yang melalui siri Bridgerton dia mempunyai 104 helai busana. Cukup membawa trend era Regency yang lebih ringkas. “Tetapi, saya sukakan satu dress hijau yang disarung oleh watak saya buat episod 8. Dimana scene saya dan suami sedang dilukis. Ia membawa rasa matang dan memperlihatkan transformasi watak anak gadis ke wanita lebih dewasa,” ujar Dynevor. Bagi meraikan lagi momen fesyen Regency, mereka memilih untuk bekerja sama dengan British Fashion Council. Aurélie Fontan, Edward Mendoza and Shanti Bell bersama mentor mereka Richard Quinn diberikan tanggungjawab untuk menghasilkan gaun buat pelakon siri ini.
Pautan Berkenaan: Zendaya, Gadis Semasa Penuh Inspirasi