Teks : Muzammin Muzlan
Pereka fesyen itu dikhabarkan akan menggantikan Christopher Bailey selaku pengarah kreatif label Burberry.
Selepas hampir 10 tahun menduduki kerusi pengarah kreatif, Phoebe Philo akan melepaskan jawatannya di Celine, seperti yang diumumkan oleh LVMH. Pereka berusia 44 tahun itu telah mengetuai jentera kreatif label fesyen Perancis itu sejak 2008.
Phoebe Philo cukup terkenal dengan rekaan yang minimalis dan moden selain berjaya meletakkan semula nama Celine di atas peta fesyen dunia dengan memperkenalkan beberapa It Bag seperti Celine Luggage, Celine Trio dan Celine Cabas. Rekaannya menjadi pilihan peminat fesyen yang boleh dilihat di jalanan minggu fesyen utama. Bintang hip-hop, Kanye West antara peminat nombot satunya.