EKSTREM MERAH
1. Adakah anda mengikuti kelas atau punya rutin penjagaan badan…
Tiada spesifik dan hanya sekadar membuat senaman jogging selama 30 minit setiap hari dan bergantung juga pada kelapangan masa.
2. Apakah gaya senaman tipikal anda…
Aktif dalam gerakan senaman jogging atau gerakan cepat pendek selama 30 minit secara outdoor dan berenang. Saya lebih gemar aktiviti cergas di luar pusat gimnasium kerana badan kita akan menerima udara oksigen lebih segar.
3. Bahagian tubuh badan yang anda obses…
Bagi saya kita sememangnya sangat obses dengan tubuh badan sendiri dan saya semuanya saya suka dan tiada yang terkecuali. Tubuh badan kita ibarat mahkota paling bernilai! Tiada istilah tubuh badan kita sempurna tetapi we have to love ourselves the way we are, but we can always improve our figure!
4. Pendapat anda, adakah mudah untuk kita perolehi badan yang sempurna..
Iya! Setiap wanita punya bentuk tubuh badan yang berbeza dan secara langsungnya kita punya idea mengenai cara untuk miliki tubuh badan yang ideal dan bergantung pada apa yang anda ingini. Nothing is perfect, tetapi minda dan diri kitalah yang patut bergerak aktif untuk miliki badan yang sempurna.