Teks : Julia Azman
Lebih dramatik nan elegan. Gaya athleisure Annees Sofea cetus satu platform baru mix & match duo rona terang serta pilihan warna metalik menampakkan ianya lebih relaks dan cool!
1. Apakah momen wajib perlu cuba untuk wanita?
Menari dan menyanyi di konsert Drake!
2. Perkara yang membuat anda gembira?
Mungkin ini agak klise tetapi perkara yang boleh menggembirakan hati saya adalah dengan membuat orang lain gembira dan lemparkan senyuman seikhlas hati. Selain itu, kehadiran bayi comel dan kucing juga antara perkara yang buat hati saya riang.
3. Buku terkini dalam himpunan rak buku anda?
“Milk and Honey” dari Rupi Kaur dan beberapa buku dari penulis Cecilia Ahern dan Lang Leav.
4. Bucket List anda?
IPHONE X! I need it..hehehe
5. Apakah greatest indulgence anda?
Makanan! Sebab saya suka mencuba sesuatu perkara yang baru dan juga makanan. Food and travel is my greatest indulgence.
6. Apakah quote pilihan anda?
“Life is tough, but so are you”
7. Siapakah hero pilihan anda?
Secara personal,saya lebih gemar dan tertarik dengan penulis dan penyajak seperti Labng Leav, Rupi Kaur dan Sarah Ka. Mereka ialah hero sebenar! Kerana setiap hasil karya mereka semuanya mengenai cerita kehidupan dan bagaimana kita bersusah untuk menghadapinya.Apabila saya membaca dan melihat karya mereka secara automatik saya rasa tidak bersendirian. Walaupun tidak bertemu dengan mereka, tetapi saya rasa mereka dekat dengan jiwa saya. I wish I can meet them one day…
8. Apakah rahsia kecantikan anda?
Saya tidak punya rahsia kecantikan tetapi saya percaya akan dengan hanya minum air kosong kulit anda akan tampak lebih sihat dan bersinar!