Hujung tahun selalunya pasti kita akan habiskan masa bersama orang tercinta. Jika tahun-tahun lepas, kita boleh terbang laur negara. Kini kita hanya mampu duduk di rumah, nikmati waktu ini dengan perasaan yang unik. Jangan ubah tradisi hanya kerana Covid-19! Teruskan atucara hujung tahun bersama keluarga dan kekasih hati. Berikan pilihan hadiah-hadiah manis ini agar terlirik senyuman pada bibir mereka. Inilah hadiah sedondon pilihan EH! terbaru daripada Salvatore Ferragamo.
Buat wanita, Salvatore Ferragamo meraikan sisi feminin juga elegan mereka. Paul Andrew, Pengarah Kreatif Salvatore Ferragamo menyajikan aksesori yang berbetnuk romantik. Koleksi kasut Viva menjuari himpunan buat wanita. Tidak lupa juga pada gancu ikonik Gancini mereka yang merajai item lain seperti pada permukaan beg dan aksesori barang kemas.
Paul Andrew mahukan jejaka Salvatore Ferragamo lebih bersifat togetherness dengan himpunan wanita. Ia senada melalui pemilihan rona emas dan hitam. Lantas menerbitkan gaya lelaki yang lebih sofistikated. Gancini terus menguasi di dompet dan kepala tali pinggang.
Kebersamaan antara dua koleksi ini menjadi naratif penting dalam musim perayaan hujung tahun 2020. Lebih manis apabila dapat berkumpul bersama dan bertukar-tukar hadiah. Memberi dengan setulus ikhlas dan menerima dengan hati terbuka luas. Hadiah ini akan kekal bersama dan mengingatkan tentang momen happy yang wujud ketika itu. Ia terus melekat dekat hati.
Pautan Berkenaan: Buah Tangan Buat Tersayang Ilham Salvatore Feragamo