Hanya
Dihiasi ilustrasi pagoda, pucuk buluh, dan bunga sakura, koleksi CNY 25 oleh label Hanya memancarkan pesona tradisional yang memikat. Rekaan pakaian ini turut menampilkan siluet kontemporari dan elegan yang pasti memikat hati. Lebih menarik lagi, koleksi ini hadir buat pasangan hingga ke anak kecil, sesuai bagi yang suka pakai sedondon!
Innai Red
Menampilkan gaya anggun dan elegan, koleksi Tahun Baru Cina Innai Red hadir dengan tema flora. Dihiasi rona pastel lembut dan warna jingga, koleksi kapsul ini dipenuhi dengan cetakan floral yang melambangkan pembaharuan dan peluang baharu. Dengan siluet lembut, hiasan memukau, dan rekaan qipao yang unik, koleksi musim benar-benar menjerit feminin.
MAGlifestyle
Dengan gabungan kesederhanaan dan elemen ceria, label MAGlifestyle ini menampilkan perincian yang teliti pada potongan siluet yang ringkas, menjadikannya pilihan sempurna untuk semua majlis. Dari gaun mini hingga set padanan dan banyak lagi, anda pasti akan menemui sesuatu yang sesuai untuk tampil memukau.
Ecesis
Ecesis hadir dengan pelbagai rekaan qipao tradisional dan moden yang cukup elegen. Koleksi ini bukan saja dipakai waktu Tahun Baru Cina, ia juga sesuai dijadikan pakaian untuk ke majlis yang lain. Direka dengan kehalusan seni dan fabrik berkualiti tinggi, setiap helaiannya pasti bertahan sepanjang zaman.