On Wednesday we wear pink! So EH! mahu raikan hari rabu ini. Juga meletakkan Karen Smith, si obsesi dengan rona merah jambu sebagai idola minggu ini. Apa yang Karen akan sarungkan jika dia wujud dalam waktu ini? Here are the list! Siap sedia untuk add to cart!
Di Gucci, watak Karen Smith mungkin akan nampak lebih hobo dan oldies. Tapi tetap fetch! Paduan klasik Alessandro Michele dalam gaya beg Jackie 1961 rona merah jambu bersama kasut tumit midi yang direka bersama material labuci. Cermin mata bentuk Cat Eye ilham dekad 60-an lagi menguatkan gaya retro Karen.
Beralih pula rentak Karen ke Chanel yang cukup bebas dan effortless. Tidak mengikut aturan fesyen dahulu, di sini dia menikmati usia remaja garapan idea Virginie Viard. Namun, lagaknya masih cool walaupun dalam jaket tweed mewah. Dipadankan bersama beg cita rasa muda bersama sandal dihiasi rantai juga kerongsang untuk tambah watak glamor.
Maria Grazia Chiuri dan Dior cadankan watak Karen ini sebagai seorang pengembara yang sarat fantasi. Motif tie-dye dijadikan perisai fesyen untuk nampak cita rasa eksentrik. Ditambah juga seleksi mainan corak flamboyant memberikan sisi watak Karen yang berlainan. Mainan rona pink juga tidak terlalu in your face, digubah moden dengan paduan palet lain.
Tidak kalah bergaya dengan aksesori Louis Vuitton yang indah bersama cetakan monogram ikonik mereka. Nicolash Ghesquiere cuba menyemarakkan trend logo dengan mengabungkan bunga monogram bersama LV dalam rekaan yang berunsur moden.
Bagaimana jika Karen hidup di New York? Pastinya dia memiliki semua yang baru berjenama Coach. Juga, EH! pasti dia bijak menggabungkan rentak stail wanita kota metropolitan yang sibuk itu bersama sentuhan vintaj ala Stuart Vevers.