Dari hujung sudah nampak butik Coach di Pavilion Elite bertukar wajah. Ini bukam pertama kali, butiknya diberi up do mengikut koleksi. Kali ini butik Coach dibaluti dengan corak ilustrasi daripada koleksi baru mereka yakni Disney x Haring x Coach. Seperti yang ramai sudah maklum, koleksi ini adalah kolaborasi diantara tiga jenama terkenal. Ia adalah Coach selaku yang mengeluarkan aksesori. Disney pula diwakili oleh maskot mereka Mickey Mouse. Juga ilustrasi ilham Keith Haring. Sempena ini juga ada pop-up store yang playful dan fun untuk anda lawati!
Masuk ke pintu utama Pavilion, mata akan terus nampak pop-up store yang dihiasi dengan ilustrasi Mickey Mouse yang direka oleh Keith Haring . Ia diambil daripada hasil seni Haring ketika dekad 80-an. Rona kuning dan berbalas hitam cukup memanggil kita untuk menikmati pop-up store yang playful ini! Ia dijadikan satu space untuk semua mengenali koleksi Disney x Haring x Coach dengan lebih dekat. Juga menariknya di pop-up store adalah satu patung gergasi Mickey Mouse yang besar menanti kedatangan anda! Jika perhatikan patung Mickey Mouse itu, anda akan lipa ada kemunculan Andy Warhol dalam cetakan itu! Go figure! Pop-up store ini akan berlangsung sehingga 10 Januari!
Pautan Berkenaan: Mickey Mouse x Keith Haring Jemput Kaia Gerber Sebagai Duta