Ada satu ketika, wanita dalam suit dianggap terlalu serius. Hari ini? Suit boleh jadi antara item paling menarik dalam wardrobe anda.
Untuk Fall/Winter 2026, dunia fesyen seolah-olah membuka semula fail lama era 90-an tetapi kali ini dengan tailoring yang lebih kemas, siluet yang lebih moden dan styling yang tidak terlalu bergantung pada trend bermusim.
Power dressing kembali, tetapi bukan dalam bentuk yang kita kenal dahulu. Less shoulder pad, more personality.
Ini antara gaya pilihan EH! daripada runway Fall/Winter 2026 yang membuatkan corporate dressing terasa jauh daripada membosankan.
Miu Miu
Miu Miu melihat pakaian kerja dari sudut yang sedikit berbeza. Elemen yang biasanya kelihatan serius diberikan styling yang lebih youthful, menjadikan tailoring terasa kurang rigid.
Apa yang menarik di sini ialah contrast, sesuatu yang formal boleh kelihatan lebih santai apabila digandingkan dengan item atau styling yang tidak dijangka.
Tom Ford
Kalau ada satu perkara yang Tom Ford faham tentang suit, ia adalah the power of a good cut.
Tailoring yang tepat boleh mengubah keseluruhan cara sesuatu pakaian jatuh pada badan. Tidak perlu print besar atau aksesori berlebihan; apabila potongannya sudah cukup kemas, satu suit boleh berdiri dengan sendiri.
Gucci
Gucci pula tidak melihat corporate dressing sebagai sesuatu yang perlu mengikut peraturan.
Elemen formal dibawa bersama styling yang lebih expressive pada masa yang sama kelihatan lebih santai membuatkan pakaian kerja terasa seperti sebahagian daripada personal wardrobe dan bukannya uniform.
Stella McCartney
Minimalis mendapat ruangnya sendiri dalam koleksi Stella McCartney.
Silhouette yang clean dan pendekatan yang lebih restrained menunjukkan bahawa sesuatu look tidak memerlukan banyak elemen untuk kelihatan lengkap. Namun, koleksi ini turut menyelitkan elemen berbulu atau furry yang memberikan sedikit tekstur dan kelainan pada gaya yang minimal.
Matières Fécales
Kemudian datang Matières Fécales dengan pendekatan yang jauh lebih experimental.
Jika power dressing biasanya dikaitkan dengan authority dan kemasan, mereka membawa idea tersebut ke wilayah yang lebih unconventional.
Tidak semestinya tentang keseluruhan gaya ke pejabat. Sebaliknya, ia menunjukkan bagaimana idea corporate boleh dipecahkan, diputar dan dibentuk semula sehingga menjadi sesuatu yang hampir tidak kelihatan seperti office wear.
Artikel Berkaitan: Jean-Michel Basquiat: Gaya Fesyen Ikonik Disebalik Karya Seninya















